🎉 Pendaftaran murid baharu dibuka sekarang!  ·  📚 Kelas Matematik SK & SMK – Pengalaman 10+ tahun  ·  🏆 Lebih 500 pelajar berjaya dalam peperiksaan  ·  📞 Hubungi kami sekarang untuk slot terhad!
SPM Ulangan 2025

Jadual Peperiksaan SPMU 2025 (Tarikh & Masa)

Info Penting untuk Pelajar SPM Ulangan

Jadual Peperiksaan SPMU 2025

Sebagai panduan untuk para pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2025, berikut dikongsikan maklumat berkenaan jadual peperiksaan. Jadual ini meliputi tarikh ujian bertutur dan ujian bertulis. Lembaga Peperiksaan Malaysia juga telah mengeluarkan Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan Awam 2025 termasuk Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional.

Untuk makluman, peperiksaan SPMU akan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun/Julai dan November/Disember. Bagi sesi Jun, peperiksaan hanya melibatkan tiga kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Manakala bagi sesi November, calon SPMU akan menduduki peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon SPM arus perdana, dengan pilihan untuk mengambil semua kertas peperiksaan yang ditawarkan.

Jadual Peperiksaan SPMU Tahun 2025

Sebagai panduan untuk para pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2025, berikut dikongsikan maklumat berkenaan jadual peperiksaan. Jadual ini meliputi tarikh ujian bertutur dan ujian bertulis. Lembaga Peperiksaan Malaysia juga telah mengeluarkan Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan Awam 2025 termasuk Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional.

Untuk makluman, peperiksaan SPMU akan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun/Julai dan November/Disember. Bagi sesi Jun, peperiksaan hanya melibatkan tiga kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Manakala bagi sesi November, calon SPMU akan menduduki peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon SPM arus perdana, dengan pilihan untuk mengambil semua kertas peperiksaan yang ditawarkan.

Jadual Peperiksaan SPMU 2025 (Tarikh Peperiksaan)

Berikut dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Jadual lengkap beserta tarikh, masa dan mata pelajaran akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Jadual Peperiksaan SPMU 2025

Tarikh Peperiksaan SPMU 2025

Lembaga Peperiksaan Malaysia memaklumkan bahawa peperiksaan SPMU 2025 akan diadakan pada tarikh berikut:

Sesi Jun/Julai
Jenis UjianTarikh
Ujian Bertutur & Mendengar16 & 17 Julai 2025
Ujian Bertulis15 hingga 17 Julai 2025
Sesi November
Jenis UjianTarikh
Ujian Lisan-
Ujian Bertulis-

Jadual Peperiksaan SPMU 2025 (Rasmi)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) 2025
15 HINGGA 17 JULAI 2025

JADUAL WAKTU UJIAN BERTUTUR
1103/3 BAHASA MELAYU KERTAS 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) 2025
16 HINGGA 17 JULAI 2025

Nota Dan Arahan Peperiksaan

Arahan Kehadiran Wajib & Dokumen Sokongan SPMU 2025

Semua calon WAJIB hadir dan menduduki setiap kertas peperiksaan bagi semua subjek yang didaftarkan. Sekiranya calon tidak dapat hadir untuk kertas peperiksaan bertulis, ujian mendengar atau ujian bertutur, calon akan dianggap TIDAK HADIR untuk mata pelajaran tersebut. Jika berdepan situasi tidak dapat hadir, calon WAJIB mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor hospital kerajaan. Semua dokumen perlu diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2025.Pastikan anda peka, patuh arahan dan rancang kehadiran sebaiknya.

Semakan Maklumat & Pembetulan Butiran Peperiksaan

Semua calon dinasihatkan untuk menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan. Jika terdapat sebarang kesilapan maklumat, calon perlu segera memaklumkan kepada pihak JPN dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Bagi setiap pembetulan, bayaran sebanyak RM 30.00 akan dikenakan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang atau Wang Pos. Pastikan semua maklumat adalah tepat bagi mengelakkan sebarang masalah pada sijil anda.

Arahan Menumpang Pusat Peperiksaan

Calon yang menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan selain pusat asal wajib mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat tersebut. Ketua Pengawas bertanggungjawab untuk menyemak maklumat calon dan senarai mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan berkenaan. Pastikan anda hadir lebih awal untuk urusan semakan dan kebenaran ini.

Baca Garis Panduan & Tandatangan Pengakuan Calon

Setiap calon WAJIB membaca dengan teliti semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025. Selain itu, calon perlu menandatangani Borang Pengakuan Calon sebagai tanda persetujuan mematuhi semua peraturan peperiksaan.
Tindakan ini penting untuk memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan dan mengelakkan sebarang masalah disiplin.

Maklumat Lanjut SPMU 2025

DOWNLOAD

Muat Turun Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025

Link muat turun Jadual waktu Peperiksaan SPMU dan PDF boleh didapatkan di sini.

Download

Info Penting untuk Pelajar SPM Ulangan

ARAHAN, AMARAN, LARANGAN & PERINGATAN

1. ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis, ujian mendengar atau ujian bertutur akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Jika tidak hadir, calon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor hospital kerajaan dan menyerahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2025.

1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Jika terdapat kesilapan, calon mesti memaklumkan kepada pihak JPN dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Bayaran RM 30.00 dikenakan melalui Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Akauntan Negara Malaysia.

1.3 Calon yang menduduki peperiksaan di pusat selain pusat asal perlu mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas. Ketua Pengawas hendaklah menyemak maklumat calon dan mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang.

1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2.1 Calon perlu berada di tempat duduk 15 minit sebelum peperiksaan bermula.

2.2 Bagi Ujian Bertutur, calon mesti berada di Bilik Menunggu 10 minit sebelum aktiviti bermula.

2.3 Calon wajib meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri di penjuru kanan label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen tersebut.

2.4 Calon hendaklah menunjukkan dokumen pengenalan diri apabila diminta oleh Pengawas Peperiksaan semasa di Bilik Menunggu.

2.5 Calon yang tiba lewat (30 minit selepas peperiksaan bermula) hanya dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas dengan alasan kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

2.6 Calon boleh membuat bantahan jika kod kertas peperiksaan tidak tercatat dalam mana-mana dokumen rujukan. Calon perlu mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang lengkap sebagai bukti. Tiada bayaran dikenakan.

3.1 Semak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan.

3.2 Maklumkan segera kepada Ketua Pengawas jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.

3.3 Baca dan patuhi semua arahan pada muka hadapan dan belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum memulakan peperiksaan.

4.1 Tulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Angka Giliran dan Kod Kertas dengan jelas pada muka hadapan skrip jawapan peperiksaan.

4.2 Semak butiran maklumat diri pada skrip jawapan peperiksaan. Calon tidak dibenarkan menulis atau membuat tanda pada butiran bermaklumat.

4.3 Tulis jawapan menggunakan pen berdakwat hitam atau biru. Pensel hanya untuk melukis gambar rajah dan peta. Elakkan menulis di luar ruangan yang ditetapkan.

4.4 Semua jawapan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan jawapan dalam bahasa lain.

4.5 Tulis nombor soalan dengan jelas mengikut kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.

4.6 Pastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Nombor Soalan ditulis betul pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan sebelum berhenti menulis.

4.7 Calon hendaklah berada di tempat duduk semasa skrip jawapan dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan.

5.1 Bagi JOB, semak Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Kod Kertas dan Nama Kertas. Jangan buat pindaan pada Bahagian A dan B. Bahagian C, D dan E hendaklah dikosongkan.

5.2 Maklumkan segera kepada Ketua Pengawas jika JOB diterima salah atau tidak lengkap.

5.3 Bagi JOTB, lengkapkan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruang jawapan dengan pensel 2B atau BB sahaja. Bahagian B, C, D dan E dikosongkan.

5.4 Gunakan pensel 2B atau BB sahaja dan pastikan ruang jawapan dihitamkan sepenuhnya.

5.5 Gunakan getah pemadam lembut sahaja untuk memadam tanda jawapan. Dilarang menggunakan pemadam cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya.

5.6 Jangan lipat, gulung, merenyuk, membuat lubang atau tanda yang tidak dikehendaki pada kertas JOB dan JOTB.

Calon tidak dibenarkan:

6.1 Melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum ataupun yang telah digunakan.

6.2 Keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan 30 minit pertama atau 10 minit terakhir peperiksaan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.

6.3 Keluar dari Bilik Menunggu/Ujian/Kuarantin tanpa kebenaran Ketua Pentaksir atau Pengawas Peperiksaan.

6.4 Membawa keluar kertas peperiksaan dari mana-mana bilik peperiksaan.

6.5 Mengganggu ketenteraman di kawasan peperiksaan.

6.6 Memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

6.7 Merokok di dalam mana-mana bilik peperiksaan atau bilik berkaitan.

Calon dilarang:

7.1 Membawa masuk catatan pada pakaian, badan, nota, dokumen, telefon bimbit, peranti elektronik atau bekas alat tulis kecuali alat tambahan yang dibenarkan.

7.2 Membawa alat tulis ke Bilik Menunggu atau Kuarantin bagi Ujian Bertutur.

7.3 Menulis nota pada pakaian, badan, dinding atau meja.

7.4 Mendedahkan kertas peperiksaan atau jawapan kepada calon lain.

7.5 Memberi atau mendapatkan pertolongan dengan cara salah laku peperiksaan.

7.6 Menukar kertas peperiksaan atau jawapan dengan calon lain.

7.7 Menukar tempat duduk tanpa kebenaran.

7.8 Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar.

7.9 Membuat rujukan di luar Dewan/Bilik Peperiksaan semasa peperiksaan.

7.10 Membawa kertas peperiksaan atau skrip jawapan keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan.

Calon yang melanggar sebarang peraturan dianggap melakukan salah laku di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Tindakan yang boleh diambil termasuk:

  • Keputusan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan.
  • Keputusan peperiksaan di sesuatu pusat peperiksaan boleh diisytiharkan terbatal.
  • Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu siasatan.
  • Calon yang disabitkan dengan kesalahan menyamar atau rasuah boleh disekat menduduki peperiksaan selama setahun.

Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan Bertulis. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan pendidikan khas iaitu Kategori A dan Kategori B.
Kategori A: Calon Masalah Pembelajaran, Kurang Upaya Penglihatan (Buta), Kurang Upaya Penglihatan (Rabun), Kurang Upaya Pelbagai dan Kurang Upaya Fizikal.

1. Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.

2. Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah

AMARAN PEPERIKSAAN / PENTAKSIRAN

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, kertas peperiksaan, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.

3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor).

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. Membuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.

9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.

10. Membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas peperiksaan/petugas pemeriksaan.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

i. Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
ii. Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal;
iii. Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
iv. Calon yang dibatalkan keputusan atas salah laku menyamar dan/atau suapan/rasuah boleh dikenakan sekatan daripada menduduki peperiksaan selama setahun.

Untuk semua pelajar termasuk pelajar BijakMath yang akan menduduki SPMU 2025 — ingatlah, ini bukan sekadar peperiksaan ulangan, tetapi peluang kedua untuk buktikan kemampuan sebenar anda!

Teruskan usaha, susun strategi belajar dengan lebih bijak dan yakinlah pada diri sendiri. Setiap soalan ada jawapan, setiap cabaran ada jalan penyelesaian. Cikgu dan seluruh team BijakMath sentiasa bersama anda, dari mula belajar hingga ke dewan peperiksaan!

Berjuang habis-habisan. Keputusan cemerlang, impian tercapai!

Jom follow BijakMath, Belajar online PERCUMA

Facebook

Bijak Math

TikTok

bijak.math

Koleksi Video Pendek

Instagram

cikgulinabijakmath

YouTube

@bijakmath

Koleksi Video Panjang

Telegram

Bijak Math

Koleksi Soalan Math

WhatsApp

Cikgu Lina

Tingkatkan Keyakinan Matematik Anak Anda!

Promosi Tuisyen BijakMath body { font-family: Arial, sans-serif; background: #f8fafc; color: #333; margin: 0; padding: 20px; line-height: 1.7; } .container { max-width: 600px; margin: auto; background: #fff; padding: 20px; border-radius: 8px; box-shadow: 0 4px 8px rgba(0,0,0,0.1); } h1 { text-align: center; color: #007BFF; font-size: 1.5em; } ul { list-style: none; padding: 0; } ul li { margin-bottom: 10px; } .cta { display: block; text-align: center; background: #28a745; color: #fff; padding: 12px; border-radius: 5px; text-decoration: none; margin-top: 20px; } p { margin: 15px 0; }

Jangan Biarkan Anak Anda Ketinggalan!

BijakMath sedia membantu mereka faham konsep dengan lebih mudah, jawab soalan peperiksaan dengan yakin, dan capai keputusan yang membanggakan.

  • ✅ Mesra jadual persekolahan
  • ✅ Pengajaran langkah demi langkah
  • ✅ Tenaga pengajar berpengalaman

🎓 Tempat terhad! Daftar sekarang untuk sesi Tuisyen BijakMath Bulan Ini.

👉 Hubungi kami untuk info lanjut & jadual kelas!

Hubungi Kami via WhatsApp

0%