🎉 Pendaftaran murid baharu dibuka sekarang! 📚 Kelas Matematik SK & SMK – Pengalaman 10+ tahun 🏆 Lebih 500 pelajar berjaya dalam peperiksaan 📞 Hubungi kami sekarang untuk slot terhad!
Navigasi 📐 Laluan Matematik 🔗 Hubungkait Silibus (MA) Pendaftaran 🏫 Daftar SK – Sekolah Kebangsaan 🎓 Daftar SMK – Sekolah Menengah 📋 Jadi Cikgu Buku Teks 📖 FlipBook Matematik 💻 Buku Teks KSSR Daftar Sekarang →
Tuisyen SMK Tingkatan 1 - 4 - BijakMath (semakan reka bentuk)
Sesi 2027 · bermula Jan 2027

Kelas Matematik Sekolah Menengah

ٱلسْلََّامُ عَلَيْكُمْ saya Cikgu Lina, selamat datang ke BijakMath.

Program tuisyen Matematik berfokus Tingkatan 1, 2, 3 & 4 (SMK), termasuk Math Moden & Add Math (kelas private). Pembelajaran berstruktur merangkumi kefahaman konsep, latihan berperingkat dan persediaan menyeluruh ke arah kecemerlangan SPM.

  • Algebra
  • Koordinat
  • Nisbah
  • Graf
  • Nombor
  • Geometri
  • Cikgu KPM pakar
  • Maks. 10 murid sekelas
  • 200 pelajar setahun
  • Sasaran keputusan A
Cikgu Lina dan pasukan cikgu BijakMath memegang sepanduk BijakMath: Jom daftar BijakMath sesi 2027
Adatempat kosongTingkatan 1 – 4 · sesi 2027
13Kelas Aktif
10Murid Sekelas
90%Kadar Kejayaan
5.0Rating Ibu Bapa di Google Review

Tuisyen Mahir Matematik berdaftar dan dipantau oleh PPD Kuala Nerus. Kami berdaftar secara rasmi dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus dan beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Modul pembelajaran disusun rapi, dipantau, dan selaras dengan silibus terkini KPM — memastikan anak tuan puan belajar dengan arah yang betul dan berkesan.

Pendaftaran 2027

Cari kelas Tingkatan 1 – 4

Berita baik, kami membuka kelas tuisyen bersemuka di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Pilih tahap untuk lihat hari, masa dan tempat kosong. Setiap kelas maksimum 10 murid — first come, first served. Kelas ini untuk mengenal pasti kelemahan individu murid dan membantu mereka meningkatkan kefahaman serta prestasi dalam Matematik.

Maksimum 10 murid sekelas 4 sesi sebulan, 2 jam setiap sesi Tempat selesa, selamat & berhawa dingin
Kelebihan kelas

8 sebab ibu bapa Terengganu pilih tuisyen Matematik BijakMath

Tuisyen Matematik berfokus di Terengganu, direka supaya setiap murid diperhatikan dan difahami.

01

Cikgu KPM pakar & berpengalaman

Diajar oleh guru KPM mahir dalam Matematik dan AddMath, dengan pengalaman mengajar pelbagai tahap.

02

Modul terkini & fokus peperiksaan

Modul ikut silibus semasa, lengkap dengan soalan KBAT dan latih tubi persediaan peperiksaan.

03

Kelas kecil, bersemuka

Hanya 10 murid sekelas. Kelas kecil, impak besar, supaya setiap anak dapat perhatian sebenar.

04

Selesa & berhawa dingin

Persekitaran selesa dan berhawa dingin yang membantu murid kekal fokus sepanjang kelas.

05

8 jam sebulan

Masa belajar yang panjang membolehkan cikgu memantau prestasi setiap murid dengan lebih dekat.

06

Ujian & pemantauan prestasi

Setiap murid diuji untuk mengukur tahap penguasaan, kemudian pembelajaran seterusnya dirancang.

07

Latih tubi soalan UASA sebenar

Biasakan diri dengan format soalan sebenar, teknik menjawab, pemarkahan dan pengurusan masa.

08

Video Math percuma di TikTok

Video ringkas, menarik dan tersusun ikut topik untuk menguatkan konsep sebelum kelas atau peperiksaan.

Follow @bijak.math
Pendekatan Kami

Bina Keyakinan melalui kaedah berstruktur

Setiap sesi direka khas untuk memastikan pelajar faham secara mendalam, bukan sekadar hafal. Kaedah berperingkat kami terbukti meningkatkan keputusan peperiksaan secara konsisten.

  • Pengukuhan Konsep Asas

    Pastikan fondasi matematik kukuh sebelum maju

    Tingkatan 1–2
  • Latihan Berperingkat

    Soalan dari mudah hingga aras KBAT

    Semua tingkatan
  • Persediaan UASA & SPM

    Teknik menjawab dan pengurusan masa

    Tingkatan 3–4
  • Nota & Ulangkaji Digital

    Akses bahan pembelajaran bila-bila masa

    Online
Tengok Video

Kenali BijakMath dalam video

Tekan butang main untuk tonton dalam skrin besar.

Keputusan & Ulasan

Feedback daripada ibu bapa BijakMath

Alhamdulillah, atas kejayaan anak-anak BijakMath. Ketik gambar untuk buka besar.

5.0

Rating ibu bapa di Google Review. Rasa ianya membantu? Tinggalkan ulasan 5 bintang untuk BijakMath.

Beri ulasan 5 bintang
SPM 2024 · Matematik

84,025 calon gagal Matematik SPM 2024

Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan — angka yang perlu ibu bapa tahu. Hampir 1 daripada 2 calon berada dalam zon gagal, D atau E. Asas yang lemah hari ini bermakna pintu peluang yang tertutup esok hari. Jangan biarkan anak anda jadi statistik seterusnya.

Gagal Matematik84,025

Bersamaan 22.4% daripada semua calon yang menduduki Matematik SPM.

calon gagal22.4%
Gred D & E — lulus minimum105,407

Bersamaan 28.1% calon — lulus nipis, belum tentu layak program pilihan.

lulus minimum28.1%
Jumlah zon bahaya (G + D/E)189,432

Hampir 1 daripada 2 calon berada dalam zon yang membimbangkan.

dalam zon bahaya50.5%

Ini bukan sekadar angka — ini amaran masa depan

Bila Matematik lemah, laluan pendidikan dan kerjaya menjadi lebih sempit.

Peluang sambung belajar tertutup

Banyak program perlukan Matematik kepujian, terutama aliran STEM dan teknikal.

Bidang profesional bergantung pada Matematik

Bidang teknikal, analitik, dan berasaskan data memerlukan asas yang kukuh.

“Lulus” belum tentu “layak”

Gred D/E mungkin lulus peperiksaan, tetapi sering tidak memenuhi syarat minimum program kompetitif.

Punca paling biasa: hafal, bukan faham

Pelajar hafal formula tapi tak faham konsep. Bila soalan berubah bentuk, mereka stuck kerana tiada kefahaman asas yang kukuh.

Masalah bermula dari Tingkatan 1–3

Asas lemah sejak awal sekolah menengah akan terbawa sehingga SPM. Bila sampai T5, masa sudah terlalu suntuk untuk baiki semuanya.

Penyelesaian sebenar: intervensi awal dan berstruktur

Baiki asas ikut turutan, bina kefahaman konsep, latihan berperingkat mengikut tahap pelajar — bukan sekadar buat kertas tanpa arah.

Bidang yang memerlukan Matematik yang kuat

Realiti syarat kemasukan — bukan untuk menakutkan, tetapi untuk buka mata.

Kejuruteraan

Biasanya perlukan Matematik + Add Math dengan gred yang baik sebagai syarat asas.

Sains Komputer & IT

Matematik penting untuk logik, algoritma, pengaturcaraan, dan pemikiran analitik.

Ekonomi & Perakaunan

Pengiraan, analisis data, graf, dan pemodelan berkait langsung dengan Matematik.

Data Sains & AI

Memerlukan statistik dan algebra. Tanpa asas kukuh, pelajar cepat overwhelmed.

Fizik & Kimia

Matematik diperlukan untuk faham konsep dan formula dalam semua bidang sains.

Bidang Kesihatan

Literasi numerasi diperlukan untuk bacaan data, analitik, dan pengiraan asas klinikal.

Ringkasan syarat & realiti kemasukan

Syarat berbeza mengikut universiti — semak sumber rasmi sebelum memohon.

Bidang / LaluanKeperluan MatematikCatatan
Syarat Am IPTAKepujian BM + Lulus Sejarah. Banyak program STEM perlukan Matematik kepujian.Semak portal UPU / universiti kerana setiap kursus berbeza.
KejuruteraanMatematik + Add Math biasanya sangat membantu dan kerap diperlukan.Tanpa Add Math, peluang ke jurusan kejuruteraan tulen lebih sukar.
Sains KomputerMatematik kepujian sering jadi syarat. Add Math kadang-kadang diutamakan.Program berasaskan data biasanya memandang serius prestasi Matematik.
Ekonomi / KewanganMatematik kepujian biasanya diperlukan. Add Math digalakkan untuk aktuari.Matematik lemah = susah dalam subjek analitik dan kuantitatif.
Jika gagal MatematikBanyak program teknikal & sains menjadi tidak layak atau sukar dipohon.Perlu ulang SPM / ambil semula untuk buka kembali peluang.

Nota penting: Gred D/E mungkin belum cukup untuk program kompetitif. Sasar sekurang-kurangnya gred kepujian yang baik dan bina kefahaman dari awal — bukan sekadar “cukup lulus”.

4 tindakan segera yang perlu dibuat

Mulakan sekarang — jangan tunggu SPM baru nak “rescue”.

  1. 1

    Kenal pasti tahap sebenar anak

    Buat semakan topik yang lemah — asas nombor, algebra, graf, fungsi, persamaan, nisbah, statistik. Ukur dahulu, jangan agak-agak.

  2. 2

    Baiki asas ikut turutan yang betul

    Asas yang bocor akan rosakkan topik seterusnya. Fokus satu topik dulu sampai faham sepenuhnya, baru gerak ke topik berikutnya.

  3. 3

    Latihan berperingkat + teknik jawab peperiksaan

    Mula dari soalan mudah → sederhana → soalan peperiksaan. Bina keyakinan secara berperingkat, bukan terus buat kertas SPM penuh.

  4. 4

    Pantau perkembangan secara konsisten

    Set target bulanan, semak peningkatan markah, dan baiki kelemahan yang dikenal pasti. Konsisten lebih penting daripada intensiti sesekali.

Jangan biarkan anak jadi statistik seterusnya

Kalau markah Matematik anak sering gagal, lulus nipis, atau tidak konsisten — itu isyarat awal. Lagi cepat mula intervensi, lagi mudah untuk baiki dan kejar. Hubungi Cikgu Lina sekarang untuk bincang plan yang sesuai.

Angka berdasarkan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia dan Astro Awani. Syarat kemasukan universiti boleh berubah — semak portal rasmi sebelum memohon.

Soalan Lazim

Soalan yang paling kerap ditanya

1Kenapa ramai pelajar gagal Matematik walaupun dah belajar?
Selalunya kerana asas tidak kukuh sejak awal, belajar secara hafalan semata-mata, dan latihan tidak berstruktur mengikut tahap. Matematik memerlukan kefahaman konsep yang mendalam — apabila soalan berubah bentuk, pelajar yang hafal tanpa faham akan hilang arah.
2Kalau anak dapat D atau E, adakah masih selamat?
D/E memang lulus minimum, tetapi untuk banyak program teknikal dan STEM, syarat biasanya memerlukan sekurang-kurangnya gred kepujian. Untuk biasiswa dan kursus kompetitif, gred D/E boleh menghalang kemasukan. Sasarkan peningkatan sebelum peperiksaan besar.
3Bila masa terbaik untuk mula baiki Matematik anak?
Sekarang juga. Lagi lewat kita bertindak, lagi besar jurang asas yang perlu ditampung. Intervensi pada Tingkatan 1–3 adalah paling mudah dan berkesan. Pelajar Tingkatan 4–5 masih boleh dikejar dengan pelan yang jelas, konsisten, dan berfokus topik.
4Apa yang membezakan kelas BijakMath dengan tuisyen biasa?
Kelas BijakMath bermula dengan diagnosis tahap sebenar pelajar, kemudian membina asas secara berperingkat — bukan terus buat kertas tanpa arah. Setiap pelajar ada pelan topik tersendiri, dengan pemantauan perkembangan bulanan untuk pastikan ada peningkatan yang nyata dan terukur.
Lokasi Tuisyen

Datang tengok kelas kami

Kelas bersemuka di Kuala Nerus, Terengganu, untuk murid dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Pusat Tuisyen Mahir Matematik

Dataran Tembesu Perdana,
Kuala Nerus, Terengganu.
Terima Cabaran

Sertai Kelas Matematik Hari Ini!

Bina keyakinan menjawab soalan dengan bimbingan berfokus dan suasana belajar yang selesa. Tempat terhad kepada 10 murid sekelas.

BijakMath ialah singkatan untuk Bijak Matematik, program premium tuisyen Matematik secara bersemuka di Terengganu bersama Cikgu Lina dan Cikgu Elite. Modul khas bernama #MATHRIX, mengikut silibus KPM terkini.

A Powerful Module Mathematics Programme by BijakMath

Lokasi Tuisyen

Pusat Tuisyen Mahir Matematik,
Dataran Tembesu Perdana,
Kuala Nerus, Terengganu.
© BijakMath — Tuisyen Matematik yang tersusun dan berkesan.
2019 – 2026 BijakMath. All rights reserved.
Tanya Cikgu Lina