🎉 Pendaftaran murid baharu dibuka sekarang! 📚 Kelas Matematik SK & SMK – Pengalaman 10+ tahun 🏆 Lebih 500 pelajar berjaya dalam peperiksaan 📞 Hubungi kami sekarang untuk slot terhad!
Navigasi 📐 Laluan Matematik 🔗 Hubungkait Silibus (MA) Pendaftaran 🏫 Daftar SK – Sekolah Kebangsaan 🎓 Daftar SMK – Sekolah Menengah 📋 Jadi Cikgu Buku Teks 📖 FlipBook Matematik 💻 Buku Teks KSSR Daftar Sekarang →
Hubungkait Silibus Topik Matematik Menengah Rendah | Tuisyen BijakMath
Matematik Menengah Rendah

Hubungkait Silibus
Topik Matematik
Menengah Rendah

Peta perkembangan topik Matematik Tingkatan 1, 2 dan 3 — daripada asas nombor dan algebra kepada graf, geometri lanjutan, trigonometri, kewangan dan penyelesaian masalah.

3
Tingkatan
Menengah Rendah
8
Bidang
Utama
40+
Topik
Dirangkum
4
Tahap
Kesukaran
Tatal

Halaman ini membantu pelajar dan ibu bapa memahami kesinambungan topik Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Setiap topik yang dipelajari di Tingkatan 1 adalah asas kepada topik yang lebih mencabar di Tingkatan 2 dan 3. Apabila hubungkait topik Matematik ini jelas, pelajar dapat belajar dengan lebih terancang dan mengenal pasti di mana asas mereka perlu diperkukuhkan.

Mengapa Penting

Kenapa Perlu Faham Hubungkait Topik Matematik?

Ramai pelajar belajar Matematik secara berasingan — topik demi topik tanpa melihat hubungan antara satu sama lain. Padahal, setiap topik yang dipelajari di Tingkatan 1 menjadi asas kepada topik di Tingkatan 2, dan seterusnya kepada topik lebih mencabar di Tingkatan 3.

Apabila pelajar faham hubungkait silibus Matematik Tingkatan 1, 2 dan 3, mereka dapat mengenal pasti topik mana yang perlu dikukuhkan dahulu, memahami sebab mereka sukar dalam sesuatu topik, dan belajar dengan lebih terancang dan berkesan.

Contohnya, pelajar yang lemah dalam topik Garis Lurus Tingkatan 3 mungkin disebabkan asas persamaan linear Tingkatan 1 atau koordinat dan graf fungsi Tingkatan 2 belum kukuh. Bila hubungkait ini jelas, pelajar tahu ke mana perlu kembali untuk mengukuhkan kefahaman mereka.

Perkembangan Topik

Silibus Matematik Tingkatan 1, 2 dan 3

Ketiga-tiga tingkatan ini saling berkaitan. Bahagian ini menerangkan apa yang dipelajari di setiap tingkatan dan bagaimana ia menjadi asas kepada tingkatan seterusnya.

Tingkatan 1

Bina Asas

Pada Tingkatan 1, pelajar mula membina asas penting dalam Matematik Menengah Rendah. Topik seperti nombor nisbah, faktor dan gandaan, kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga, punca kuasa tiga, nisbah, kadar dan kadaran membantu pelajar menguasai kemahiran nombor dengan lebih kukuh. Selain itu, pelajar turut diperkenalkan kepada ungkapan algebra, persamaan linear dan ketaksamaan linear sebagai asas kepada topik algebra yang lebih mencabar.

Nombor Nisbah Faktor dan Gandaan Kuasa Dua & Tiga Nisbah, Kadar dan Kadaran Ungkapan Algebra Persamaan Linear Ketaksamaan Linear Garis dan Sudut Poligon Asas Perimeter dan Luas Set Pengendalian Data Teorem Pythagoras
Tingkatan 2

Kembangkan Struktur

Pada Tingkatan 2, pelajar mula mengembangkan asas yang dipelajari semasa Tingkatan 1. Topik pola dan jujukan membantu pelajar melihat susunan nombor, manakala pemfaktoran, pecahan algebra dan rumus algebra mengukuhkan kemahiran manipulasi algebra. Koordinat, graf fungsi dan kecerunan garis lurus menjadi jambatan penting kepada topik garis lurus di Tingkatan 3.

Pola dan Jujukan Pemfaktoran & Pecahan Algebra Rumus Algebra Poligon Bulatan Bentuk Geometri 3D Koordinat Graf Fungsi Laju dan Pecutan Kecerunan Garis Lurus Transformasi Isometri Sukatan Kecenderungan Memusat Kebarangkalian Mudah
Tingkatan 3

Aplikasi Lanjutan

Pada Tingkatan 3, pelajar menggunakan asas nombor, algebra, geometri dan graf dalam Tingkatan 1 dan 2 untuk menyelesaikan masalah yang lebih mencabar. Topik indeks, bentuk piawai, matematik pengguna, trigonometri, tangen bulatan, pelan & dongakan serta lokus menguji kefahaman secara menyeluruh.

Indeks Bentuk Piawai Matematik Pengguna Lukisan Berskala Nisbah Trigonometri Sudut & Tangen Bulatan Pelan dan Dongakan Lokus dalam Dua Dimensi Garis Lurus
Laluan Perkembangan

Peta Hubungkait Topik Penting

Laluan ini menunjukkan bagaimana topik asas Tingkatan 1 berkembang kepada topik Tingkatan 2 dan 3. Ikut laluan ini untuk tahu di mana nak mula ulang kaji.

Ke Arah Garis Lurus

Topik garis lurus di Tingkatan 3 bermula daripada asas yang dipelajari sejak Tingkatan 1. Pelajar mula mengenali ungkapan algebra dan persamaan linear sebelum melihat hubungan nombor dalam bentuk koordinat dan graf fungsi di Tingkatan 2. Apabila masuk Tingkatan 3, asas ini digunakan untuk memahami kecerunan, pintasan dan persamaan garis lurus.

Tingkatan 1Ungkapan algebra, persamaan linear dan asas hubungan antara anu dengan nombor
Tingkatan 2Koordinat Cartes, graf fungsi dan kecerunan garis lurus
Tingkatan 3Garis lurus: kecerunan, pintasan dan persamaan garis lurus
Flow ringkas
Persamaan Linear Koordinat Graf Fungsi Kecerunan Garis Lurus

Ke Arah Trigonometri

Topik nisbah trigonometri di Tingkatan 3 tidak datang secara tiba-tiba. Asasnya bermula sejak Tingkatan 1 apabila pelajar belajar nisbah, kadar dan kadaran, garis dan sudut serta Teorem Pythagoras. Kemahiran ini membantu pelajar memahami hubungan antara sisi dan sudut dalam segi tiga bersudut tegak.

Tingkatan 1Nisbah, kadar dan kadaran; garis dan sudut; Teorem Pythagoras
Tingkatan 2Geometri, poligon dan bentuk membantu membina kefahaman visual
Tingkatan 3Nisbah trigonometri: sinus, kosinus dan tangen untuk segi tiga bersudut tegak
Flow ringkas
Nisbah & Kadaran Garis & Sudut Teorem Pythagoras Geometri Nisbah Trigonometri

Ke Arah Bulatan

Topik bulatan di Tingkatan 2 dan sudut serta tangen bagi bulatan di Tingkatan 3 mempunyai hubungan rapat dengan asas garis, sudut dan poligon yang dipelajari di Tingkatan 1. Pelajar perlu memahami jenis sudut, hubungan antara garis dan bentuk serta ciri-ciri poligon sebelum dapat memahami sifat bulatan dengan lebih baik.

Tingkatan 1Garis dan sudut, poligon asas
Tingkatan 2Bulatan: lilitan, luas dan sifat-sifat
Tingkatan 3Sudut dan tangen bagi bulatan
Flow ringkas
Garis & Sudut Poligon Bulatan Sudut & Tangen Bulatan

Ke Arah Pelan, Dongakan dan Lokus

Topik pelan, dongakan dan lokus memerlukan pelajar mempunyai kefahaman visual yang baik. Asas ini dibina melalui topik bentuk geometri tiga dimensi dan transformasi isometri di Tingkatan 2. Apabila masuk Tingkatan 3, pelajar menggunakan kefahaman ruang, arah, kedudukan dan jarak untuk menyelesaikan masalah berkaitan.

Tingkatan 1Garis, sudut, poligon dan bentuk asas 2D
Tingkatan 2Bentuk geometri tiga dimensi dan transformasi isometri
Tingkatan 3Pelan dan dongakan, lokus dalam dua dimensi
Flow ringkas
Bentuk Geometri 3D Transformasi Isometri Pelan & Dongakan Lokus dalam 2D
Panduan Belajar

Tahap Kesukaran

Label ini membantu murid memilih topik mengikut kekuatan semasa: kukuhkan asas dahulu, kemudian naik kepada topik yang memerlukan gabungan kemahiran.

Asas

Asas

Topik permulaan yang menjadi tapak kepada bab lain, contohnya nombor nisbah, garis, sudut dan data asas.

Sederhana

Sederhana

Topik yang memerlukan beberapa langkah, seperti pemfaktoran, graf fungsi, bulatan dan transformasi.

Lanjutan

Lanjutan

Topik yang menggabungkan konsep terdahulu, seperti garis lurus, trigonometri, tangen bulatan dan lokus.

Aplikasi

Aplikasi

Topik yang banyak digunakan dalam soalan situasi, seperti kewangan, lukisan berskala, laju dan kebarangkalian.

Visual Perkembangan

Carta Aliran Visual

Carta ini menunjukkan pergerakan idea utama dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 3. Baca setiap baris dari kiri ke kanan.

Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
01
Nombor dan Nilai
Asas
Nombor Nisbah dan Kuasa
Perkembangan
Pola, Jujukan, Laju dan Pecutan
Aplikasi
Indeks, Bentuk Piawai dan Matematik Pengguna
02
Algebra dan Graf
Asas
Ungkapan Algebra dan Persamaan Linear
Perkembangan
Pemfaktoran, Rumus Algebra dan Fungsi
Aplikasi
Garis Lurus
03
Nisbah dan Skala
Asas
Nisbah, Kadar dan Kadaran
Perkembangan
Koordinat, Jarak dan Kecerunan
Aplikasi
Lukisan Berskala dan Nisbah Trigonometri
04
Geometri dan Ruang
Asas
Garis, Sudut, Poligon dan Teorem Pythagoras
Perkembangan
Bulatan, Bentuk 3D dan Transformasi Isometri
Aplikasi
Sudut & Tangen Bulatan, Pelan Dongakan dan Lokus
05
Data dan Keputusan
Asas
Pengendalian Data dan Set
Perkembangan
Sukatan Kecenderungan Memusat dan Kebarangkalian Mudah
Aplikasi
Penyelesaian Masalah
Senarai Semak

Topik Wajib Kuasai Sebelum…

Bahagian ini sesuai digunakan sebagai senarai semak ulang kaji sebelum masuk topik yang lebih mencabar.

Sebelum Garis Lurus

  • Ungkapan algebra dan persamaan linear dalam dua pemboleh ubah.
  • Sistem koordinat Cartes, titik tengah dan jarak.
  • Graf fungsi dan kecerunan garis lurus.

Sebelum Nisbah Trigonometri

  • Nisbah, kadar dan kadaran.
  • Sudut, segi tiga dan Teorem Pythagoras.
  • Jarak dalam koordinat dan konsep skala.

Sebelum Indeks dan Bentuk Piawai

  • Integer, pecahan dan perpuluhan positif/negatif.
  • Kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga.
  • Operasi asas aritmetik dan pola nombor.

Sebelum Sudut, Tangen Bulatan dan Lokus

  • Garis, sudut, garis selari dan garis rentas lintang.
  • Poligon, bulatan, lilitan dan luas bulatan.
  • Transformasi isometri, simetri dan kedudukan titik.
Uji Kefahaman

Kuiz Mini

Pilih bidang, jawab soalan ringkas, kemudian semak sama ada laluan topik Matematik sudah jelas.

Soalan 1 daripada 3

Pilih satu jawapan untuk semak.
Peta Utama

Peta Hubungkait Utama

1. Nombor, Kuasa dan Aplikasi Nilai

Asas kiraanSederhana
Tingkatan 1
  • Nombor nisbah: integer, pecahan dan perpuluhan positif/negatif.
  • Kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga.
  • Faktor, gandaan, FSTB dan GSTK.
Tingkatan 2
  • Pola dan jujukan menggunakan nombor secara tersusun.
  • Laju dan pecutan menggunakan nisbah perubahan.
  • Isi padu dan luas permukaan bentuk 3D.
Tingkatan 3
  • Indeks dan hukum indeks.
  • Bentuk piawai dan angka bererti.
  • Matematik pengguna: simpanan, pelaburan, kredit dan hutang.
Hubungkait: Penguasaan nombor Tingkatan 1 menjadi asas kepada indeks, bentuk piawai dan pengiraan kewangan Tingkatan 3. Pola, laju dan ukuran Tingkatan 2 menguatkan penggunaan nombor dalam situasi sebenar.

2. Algebra, Fungsi dan Garis Lurus

Bahasa simbolLanjutan
Tingkatan 1
  • Ungkapan algebra dan operasi asas.
  • Persamaan linear satu dan dua pemboleh ubah.
  • Ketaksamaan linear dalam satu pemboleh ubah.
Tingkatan 2
  • Kembangan, pemfaktoran dan pecahan algebra.
  • Rumus algebra, fungsi dan graf fungsi.
  • Kecerunan garis lurus.
Tingkatan 3
  • Garis lurus sebagai lanjutan kecerunan dan graf.
  • Hubungan antara persamaan, graf dan penyelesaian masalah.
Hubungkait: Algebra Tingkatan 1 memperkenalkan pemboleh ubah. Tingkatan 2 memperkukuh manipulasi algebra dan graf. Tingkatan 3 menyatukan semua ini dalam topik garis lurus.

3. Nisbah, Kadaran, Skala dan Trigonometri

PerbandinganLanjutan
Tingkatan 1
  • Nisbah, kadar dan kadaran.
  • Perkaitan dengan peratusan, pecahan dan perpuluhan.
Tingkatan 2
  • Laju sebagai kadar perubahan jarak terhadap masa.
  • Koordinat dan jarak dalam sistem Cartes.
Tingkatan 3
  • Lukisan berskala.
  • Nisbah trigonometri: sinus, kosinus dan tangen.
Hubungkait: Nisbah dan kadaran Tingkatan 1 berkembang kepada kadar seperti laju dalam Tingkatan 2, kemudian digunakan secara geometri dalam lukisan berskala dan nisbah trigonometri Tingkatan 3.

4. Geometri Dua Dimensi dan Tiga Dimensi

Bentuk dan ruangLanjutan
Tingkatan 1
  • Garis, sudut, garis bersilang dan garis selari.
  • Poligon asas, perimeter dan luas.
  • Teorem Pythagoras dan akasnya.
Tingkatan 2
  • Poligon sekata dan sudut pedalaman/peluaran.
  • Bulatan: lilitan dan luas.
  • Bentuk geometri tiga dimensi, luas permukaan dan isi padu.
Tingkatan 3
  • Sudut dan tangen bagi bulatan.
  • Pelan dan dongakan.
  • Lokus dalam dua dimensi.
Hubungkait: Garis, sudut, poligon dan Teorem Pythagoras Tingkatan 1 menjadi asas untuk bulatan dan bentuk 3D Tingkatan 2, sebelum masuk kepada tangen bulatan, pelan dongakan dan lokus Tingkatan 3.

5. Koordinat, Graf dan Kecerunan

Visual algebraSederhana
Tingkatan 1
  • Persamaan linear dalam dua pemboleh ubah.
  • Garis dan sudut sebagai asas visual.
Tingkatan 2
  • Koordinat Cartes, jarak dan titik tengah.
  • Fungsi, graf fungsi dan kecerunan garis lurus.
Tingkatan 3
  • Garis lurus dan hubungan antara persamaan dengan graf.
  • Aplikasi kecerunan dalam penyelesaian masalah.
Hubungkait: Persamaan linear Tingkatan 1 memberi makna kepada koordinat dan graf Tingkatan 2. Kecerunan Tingkatan 2 menjadi pintu masuk utama kepada garis lurus Tingkatan 3.

6. Transformasi, Simetri dan Pembinaan Ruang

Pergerakan bentukSederhana
Tingkatan 1
  • Garis, sudut dan bentuk asas.
  • Poligon dan sifat sisi/sudut.
Tingkatan 2
  • Transformasi isometri: translasi, pantulan dan putaran.
  • Simetri putaran.
Tingkatan 3
  • Lukisan berskala.
  • Pelan dan dongakan.
  • Lokus dalam dua dimensi.
Hubungkait: Kefahaman bentuk Tingkatan 1 diperkembang melalui transformasi isometri Tingkatan 2. Kemahiran membayangkan kedudukan dan pergerakan bentuk membantu pelan, dongakan dan lokus Tingkatan 3.

7. Data, Statistik dan Kebarangkalian

Membaca maklumatAplikasi
Tingkatan 1
  • Proses pengumpulan dan pengorganisasian data.
  • Perwakilan data dan pentafsiran perwakilan data.
Tingkatan 2
  • Sukatan kecenderungan memusat: min, median dan mod.
  • Kebarangkalian mudah: eksperimen dan teori.
  • Kebarangkalian peristiwa pelengkap.
Tingkatan 3
  • Digunakan sebagai kemahiran sokongan untuk soalan aplikasi, kewangan dan penyelesaian masalah.
Hubungkait: Data Tingkatan 1 melatih cara mengumpul dan membaca maklumat. Tingkatan 2 menambah ukuran pusat dan kebarangkalian. Tingkatan 3 menggunakan kemahiran ini dalam konteks aplikasi yang lebih luas.

8. Set, Logik Kumpulan dan Penyelesaian Masalah

MengelaskanAsas
Tingkatan 1
  • Set, gambar rajah Venn, set semesta, pelengkap dan subset.
  • Asas mengelaskan maklumat dalam kumpulan.
Tingkatan 2
  • Kebarangkalian peristiwa pelengkap.
  • Data dan pengelasan hasil eksperimen.
Tingkatan 3
  • Kemahiran mengelaskan maklumat digunakan dalam kewangan, lokus dan soalan KBAT.
Hubungkait: Set Tingkatan 1 bukan topik terasing; ia membantu memahami pelengkap dalam kebarangkalian Tingkatan 2 dan menyusun maklumat dalam soalan aplikasi Tingkatan 3.
Tiada padanan dijumpai. Cuba kata kunci lain seperti "algebra", "bulatan", "data" atau "garis".
Ringkasan

Jadual Matriks Ringkas

Ringkasan kesinambungan topik Matematik Menengah Rendah merentas tiga tingkatan dalam satu jadual.

BidangTingkatan 1Tingkatan 2Tingkatan 3Idea Hubungkait
NomborNombor nisbah, faktor, gandaan, kuasa dua/tigaPola, jujukan, laju, ukuran 3DIndeks, bentuk piawai, matematik penggunaDaripada operasi nombor kepada notasi saintifik dan aplikasi kewangan.
AlgebraUngkapan algebra, persamaan linear, ketaksamaanKembangan, pemfaktoran, pecahan algebra, rumus, fungsiGaris lurusSimbol asas berkembang kepada manipulasi, graf dan persamaan garis.
NisbahNisbah, kadar, kadaran, peratus, pecahan, perpuluhanLaju, koordinat dan jarakLukisan berskala, nisbah trigonometriPerbandingan kuantiti menjadi asas skala dan nisbah sisi segi tiga.
GeometriGaris, sudut, poligon, perimeter, luas, Teorem PythagorasPoligon, bulatan, bentuk geometri 3D, transformasi isometriSudut & tangen bulatan, pelan & dongakan, lokusBentuk asas bergerak kepada sifat ruang dan pembinaan geometri lanjutan.
GrafPersamaan linear dua pemboleh ubahKoordinat, graf fungsi, kecerunan garis lurusGaris lurusAlgebra divisualkan melalui koordinat, graf dan kecerunan.
DataPengumpulan, perwakilan dan pentafsiran dataSukatan kecenderungan memusat, kebarangkalian mudahAplikasi dalam penyelesaian masalahDaripada membaca data kepada membuat ringkasan dan menilai kemungkinan.

Tip penggunaan: gunakan butang penapis atau kotak carian untuk fokus pada bidang tertentu. Setiap kad menunjukkan perkembangan topik daripada asas kepada aplikasi. Pelajar digalakkan mulakan ulang kaji dari topik Matematik Tingkatan 1 sebelum beralih ke Tingkatan 2 dan 3.

Anak Lemah Matematik Menengah Rendah?

Jika anak menghadapi kesukaran dalam topik Matematik Tingkatan 1, 2 atau 3, Tuisyen BijakMath membantu pelajar memahami asas topik secara berperingkat melalui kelas yang tersusun, latihan berkala dan bimbingan guru berpengalaman. BijakMath memastikan setiap pelajar faham hubungkait topik Matematik Menengah Rendah supaya mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

Daftar Sekarang →

© BijakMath — Tuisyen Matematik Menengah Rendah yang tersusun dan berkesan.