🎉 Pendaftaran murid baharu dibuka sekarang! 📚 Kelas Matematik SK & SMK – Pengalaman 10+ tahun 🏆 Lebih 500 pelajar berjaya dalam peperiksaan 📞 Hubungi kami sekarang untuk slot terhad!
Navigasi 📐 Laluan Matematik 🔗 Hubungkait Silibus (MA) Pendaftaran 🏫 Daftar SK – Sekolah Kebangsaan 🎓 Daftar SMK – Sekolah Menengah 📋 Jadi Cikgu Buku Teks 📖 FlipBook Matematik 💻 Buku Teks KSSR Daftar Sekarang →

On speaker logo 🔊 untuk suara di video

Assalamualaikum
Selamat datang ke website Bijakmath, Jika anda sedang mencari tuisyen Matematik untuk anak anda, ini adalah laman web yang tepat.

Anda inginkan pembelajaran yang berfokus untuk tuisyen Matematik anak anda?

Pendaftaran tuisyen BijakMath 2026 dibuka sekarang

Tuisyen BijakMath Kelas Matematik Berfokus di Terengganu Secara Bersemuka.

Sekolah Rendah

Darjah 5-6

Nak Daftar

Saya berminat untuk mendaftar Tuisyen BijakMath
Klik Disini
Pendaftaran Ditutup

Darjah 5 (3 Kelas)

Kelas Penuh
Pendaftaran Ditutup

Darjah 6 (3 Kelas)

Kelas Penuh
Kenapa bijakmath?
Kenapa anak anda perlukan bimbingan terus daripada Cikgu Lina sendiri?

Cikgu Lina berpengalaman mengajar subjek Matematik sekolah rendah tahap 2 selama 10 tahun.

Hai, saya Cikgu Lina!

Guru Matematik berpengalaman lebih 10 tahun, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Panitia Matematik selama 3 tahun. Saya percaya setiap anak mampu kuasai Matematik — asalkan dibimbing dengan cara yang betul, menyeronokkan dan mudah difahami!

Saya memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 2015 di Bintulu, Sarawak, mengajar di SK Kidurong 2 dan SK Sungai Setiam . Di sana, saya memperkaya pengalaman dengan pelbagai pendekatan pedagogi berkesan, terutama untuk murid Tahap 2, agar mereka tidak lagi takut dengan nombor dan lebih seronok belajar Matematik.

Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Matematik Pendidikan Rendah dari IPG Kampus Kota Bharu, dan telah membimbing ramai murid — daripada yang lemah hingga berjaya capai A dengan penuh yakin.

✅ Pakar menjadikan Matematik mudah dan menyeronokkan.
✅ Kongsi tip & trick eksklusif supaya anak anda tak takut Matematik lagi.
✅ Yakin setiap murid boleh skor A dengan bimbingan yang betul dengan bertindak awal kerana belajar matematik ialah satu proses berterusan.

📘 Sertai kelas saya hari ini dan lihat sendiri bagaimana Matematik boleh jadi #MudahNyaMath!

Tanya diri?
Covid-19 menyebabkan pembelajaran anak-anak terabai.

Cabaran Pembelajaran Anak-Anak Masih Berterusan Walau Sekolah Dibuka Semula.

Masih Tercari-cari Rentak Belajar

Masih Tercari-cari Rentak Belajar

Ramai murid masih bergelut untuk menyesuaikan diri selepas kembali ke sekolah fizikal. Fokus terganggu, disiplin belajar menurun, dan motivasi semakin merosot kerana terlalu lama belajar sendiri tanpa bimbingan guru secara bersemuka.

Ketinggalan Topik Asas Semasa PdPR

Ketinggalan Topik Asas Semasa PdPR

Banyak pelajar tidak sempat kuasai asas semasa tempoh PdPR dahulu. Kini mereka terpaksa kejar topik yang lebih sukar tanpa pemahaman kukuh dari peringkat awal.

Ibu Bapa Tidak Mampu Pantau Sepenuhnya

Ibu Bapa Tidak Mampu Pantau Sepenuhnya

Ramai ibu bapa masih sibuk bekerja atau tidak cukup ilmu untuk membantu anak belajar di rumah. Anak-anak akhirnya belajar sendiri tanpa bimbingan atau dibiarkan leka.

Ketagihan Gajet Masih Membelenggu

Ketagihan Gajet Masih Membelenggu

Penggunaan telefon dan tablet secara berlebihan ketika PdPR menjadi tabiat. Kini ramai pelajar lebih teruja bermain permainan atau menonton video berbanding ulangkaji pelajaran.

Malas belajar

Malas belajar

Anak tak rasa pelajaran itu penting, lebih-lebih lagi bila UPSR dah tiada. Pergi sekolah pun hanya untuk bermain dengan kawan. 

Masa depan akan kelam

Masa depan akan kelam

Bila dari sekolah rendah lagi anak tak terbiasa dengan budaya belajar, bagaimana dengan sekolah menengah nanti? Apatah lagi universiti.

Ketinggalan semakin jauh

Ketinggalan semakin jauh

PKP dah berakhir. Sekarang masa untuk bangkit semula dalam pelajaran setelah sekian lama ketinggalan. Lagi-lagi kalau anak jenis yang lambat mengira dan tak hafal sifir.

Terpengaruh dengan kawan negatif

Terpengaruh dengan kawan negatif

Murid lebih banyak masa dengan kawan-kawan terutamanya yang bermain game online. Ramai juga yang terpengaruh dengan budaya TikTok. Semuanya hanya di hujung jari mereka.

KEBIMBANGAN
Patutkah situasi ini berterusan?

Masalah akan jadi lebih parah terutamanya dengan exam UASA yang baru diperkenalkan. Jika dibiarkan, murid berpotensi untuk...

Apa yang patut ibu bapa buat?

Cikgu Lina nak sampaikan berita baik kepada ibu bapa di sekitar Terengganu yang prihatin pada anak-anak anda.

Logo-Bijak-Math

Pendekatan Pengajaran Berfokus & Mudah Faham

Pertama sekali, setiap topik diajar mengikut silibus KPM supaya selari dengan pembelajaran di sekolah. Seterusnya, guru akan menerangkan langkah demi langkah menggunakan contoh yang mudah difahami. Akhir sekali, latihan disediakan mengikut tahap murid bagi memastikan kefahaman benar-benar kukuh sebelum beralih ke topik seterusnya.

Kelebihan Tuisyen BijakMath Sekolah Rendah Terengganu

Antara kelebihan utama mengikuti tuisyen matematik sekolah rendah ini ialah murid mendapat bimbingan yang lebih fokus. Oleh itu, kelemahan dapat dikenal pasti lebih awal.Selain itu, kelas bersaiz kecil membolehkan guru memberi perhatian kepada setiap murid. Dengan cara ini, pembelajaran menjadi lebih berkesan dan tersusun.

Manfaat Kepada Murid & Ibu Bapa

Secara tidak langsung, murid menjadi lebih yakin menjawab soalan matematik di sekolah. Pada masa yang sama, ibu bapa juga dapat memantau perkembangan pembelajaran anak dengan lebih jelas. Tambahan pula, peningkatan markah ujian dan peperiksaan dapat dilihat secara berperingkat apabila asas matematik dikuasai dengan baik.

24 sebab kenapa Wajib ke Tuisyen BijakMath (Sekolah Rendah)

6 Tahun Operasi

Tuisyen Bijakmath sudah 6 tahun beroperasi di Gong Badak, Terengganu. Bermula dari rumah hingga ke premis.
GROWN

Kelas Bersemuka

Belajar secara bersemuka terbukti lebih berkesan berbanding secara online dan mudah di pantau.

Kelas Kecil

Kelas kumpulan kecil terhad kepada 10 orang murid terpilih sahaja untuk setiap sesi.

Guru Lepasan IPG

Guru sekolah rendah yang berpengalaman 10 tahun dalam Matematik.
VERY RARE

Ketua Panitia

Pernah menjadi Ketua Panitia Matematik selama 4 tahun semasa mengajar di Sarawak.

Fokus Asas

Fokus pada pemahaman konsep asas Matematik bagi setiap topik tahun 4, 5 dan 6.

Mudah Faham

Meningkatkan tahap kefahaman dengan pelbagai jenis formula dan kaedah unik.

Gred Meningkat

Meningkatkan markah ke gred yang lebih baik untuk subjek Matematik.

Pupuk Minat

Murid lebih seronok belajar Matematik dan dapat mengira dengan lebih mudah.

Penglibatan Murid

Setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kelas kecil ini.

Aras Pemikiran

Pengalaman mengajar pelbagai aras pemikiran murid dari yang gred E hingga A.

Bincang 2 hala

Interaksi dan perbincangan 2 hala dengan ibu bapa tentang prestasi anak mereka.

Harga Berpatutan

Harga yang berpatutan dengan kualiti kelas premium yang diberikan. Hanya RM20 sejam.
WISE CHOICE

Masa Panjang

Kelas di sekolah biasanya tidak cukup masa untuk habiskan silibus sedia ada.

Rekod Belajar

Rekod pembelajaran murid disediakan untuk memantau perkembangan murid.

Trick & Tips

Belajar Teknik #mathrix. Tips rahsia Cikgu Lina akan dibongkarkan semasa kelas.

Video Matematik

Berpengalaman menghasilkan lebih 400 video rujukan Matematik di Youtube dan Tiktok Bijakmath by Cikgu Lina.
BLAZING

Motivasi & Inspirasi

Motivasi daripada Cikgu Lina secara terus turut meningkatkan kefahaman murid dan sahsiah terpuji.
BOOSTING

Belajar Santai

Belajar secara santai dan seronok. Murid tidak stress dan segan kerana lebih kenal kawan-kawan sekelas.

8 Jam Sebulan

2 jam per sesi, 4 kali sebulan bagi memberikan kesan yang paling optimum untuk setiap perkembangan murid.
WORTHY

Peer Coaching

Murid dilatih Cikgu Lina untuk membimbing dan membantu kawan-kawan yang lain dalam Matematik (PBD TP 6).
UNIQUE

Murid Lebih Yakin

Melatih murid supaya berani menjawab di hadapan kelas. Kebanyakan murid lemah takut untuk menonjol.

Daftar Percuma

Cikgu Lina tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. Murid hanya perlu membayar yuran bulanan sahaja.

Kelas Kondusif

Tempat selesa dilengkapi penghawa dingin dan kemudahan lain yang lengkap dan tempat yang selamat.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya

Siapa yang patut join tuisyen ini?

Di bawah ini Cikgu Lina senaraikan siapa yang patut join kelas tuisyen BijakMath ini.

Murid tahap 2 yang lemah Matematik diutamakan

Murid tahap 2 yang lemah Matematik diutamakan

Maksud lemah di sini adalah murid yang tidak tahu konsep asas, biasanya yang dapat markah bawah 60. Tuisyen Bijakmath sangat mengalu-alukan murid yang belum mahir konsep asas.

Murid yang rasa Matematik susah sangat

Murid yang rasa Matematik susah sangat

Bila murid tak faham dari awal topik, murid akan jadi malas dan takut nak buat soalan Matematik, murid akan cuba mengelak. 

Murid yang tak faham bila mak ayah ajar di rumah

Murid yang tak faham bila mak ayah ajar di rumah

Perangai anak-anak bila mak atau ayah ajar jer, mulalah tutup telinga tuu. Tapi ada juga mak yang tak reti nak ajar cara kira dengan betul, maklumlah Math sekarang dah berevolusi.

Murid yang selalu ketinggalan di dalam kelas

Murid yang selalu ketinggalan di dalam kelas

Maksud ketinggalan di sini adalah cikgu dah masuk topik lain, tapi topik sebelumnya pun murid masih belum faham dan kuasai lagi. Jika dibiarkan, murid akan terus hilang minat untuk belajar Matematik. 

Murid yang lemah tapi nak pandai Math

Murid yang lemah tapi nak pandai Math

Murid macam nie dia suka math, tapi selalu ketinggalan dalam kelas dan tak faham apa yang dia belajar, jadi selalu gagal dalam exam.

Murid yang perlukan fokus yang lebih dalam kelas

Murid yang perlukan fokus yang lebih dalam kelas

Ada sesetengah murid sebenarnya bukan dia tak pandai, tapi sebab ada ramai kawan-kawan dalam kelas, dia tak boleh fokus dan banyak main-main. Jenis murid ini Cikgu Lina akan setelkan.

Murid yang tak belajar langsung sebab PKP

Murid yang tak belajar langsung sebab PKP

Dulu masa di sekolah, murid ni rajin belajar tapi bila PKP dia seronok duk rumah main phone jer, langsung tak bukak buku. Sepanjang masa layan video game, TikTok dan Instagram.

Murid yang tak pandai jawab soalan panjang²

Murid yang tak pandai jawab soalan panjang²

Soalan ayat panjang (KBAT) memang amat sukar bagi kebanyakan murid. Murid tak tahu soalan nak apa. Cikgu Lina akan guide cara jawab yang betul.

Murid yang suka mengelat untuk belajar Matematik

Murid yang suka mengelat untuk belajar Matematik

Ada jenis murid yang selalu jer mengelat bila time nak belajar. Apatah lagi, yang ajar tu mak ayah dia. Seribu alasan diberikan. Kali ini kita fokus dalam satu kelas memahami Math cara Cikgu Lina.

Kami ada di Google Map

Di manakah lokasi tuisyen kami?

Saya sangat berminat tetapi

Berapakah harga kelas tuisyen BijakMath ini?

Assalamualaikum. Buat semua ibu bapa yang dihormati,

Ilmu percuma memang mudah didapati, namun teknik untuk menarik minat dan teknik mengajar supaya anak mudah faham itu amat mahal. Lebih-lebih lagi jika anak tidak berminat langsung dengan Matematik. Ia memerlukan teknik pengajaran khas dan strategi yang berkesan. Matematik sebenarnya mudah sahaja jika faham konsep asas.

Cikgu Lina berpengalaman mengajar selama hampir 10 tahun dan tambahan 5 tahun setengah semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG), selain menghadiri kursus-kursus khas untuk memantapkan lagi ilmu Matematik. Ini semua tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan yang terbaik bagi membantu anak anda memahami Matematik dengan berkesan.

Anda hanya perlu membayar sedikit yuran bagi memastikan anak-anak anda mendapat ilmu yang sebaiknya dari Cikgu Lina. Matematik merupakan salah satu subjek teras yang wajib dikuasai. Biasanya jika murid kuasai Matematik, subjek-subjek yang lain pasti akan turut dikuasai. 

Harga sebenar untuk yuran bulanan adalah RM300 untuk 4 kali sesi 8 jam pembelajaran sebulan.

Hari ini Cikgu Lina akan memberikan harga istimewa bagi ibu bapa yang sangat prihatin dan cakna terhadap perkembangan pembelajaran Matematik anak anda.

Anda hanya perlu membayar yuran sebanyak bukan RM300, bukan juga RM200 tetapi hanya RM160 sahaja sebulan.

Anda sudah jimat sebanyak RM140 jika anda bertindak sekarang.

Promosi ini boleh ditarik balik bila-bila masa sahaja.

Yang Benar
Cikgu Lina
Guru Tuisyen BijakMath

Bijak-Math-Sesi-2025-Yuran

Yuran Tuisyen

BijakMath
RM 160 Sebulan
  • Tiada yuran pendaftaran
  • Maksimum 10 orang persesi
  • 2 jam x 4 sesi sebulan
  • Minima bayaran 4 sesi
  • 8.00 malam - 10.00 malam
  • Yuran buku / photostat RM40 sekali sahaja
  • Ahad @ Isnin @ Jumaat tahun 5
  • Selasa @ Rabu @ Khamis tahun 6
SLOT TERHAD

Ps: Jika anda merasakan yuran ini mahal, Tak mengapa. Anda tak perlu hantar anak anda belajar ke kelas tuisyen ini. Tak ada paksaan pun. Namun, adakah anda mahu melihat anak kesayangan anda ketinggalan dalam kelas berbanding pelajar lain yang mengikuti kelas tuisyen ini?

Jika anda mahu anak anda lebih bijak dalam matematik dan kehadapan dalam kelas, maka bertindak sekarang juga. Peluang ini hanya datang sekali sahaja sebelum slot penuh. Ingat hanya 10 orang sahaja sekelas. Serius! no add-on slot jika sudah penuh.

7 tahun Cikgu Lina mengajar tuisyen dan ini feedback dari ibu-bapa

Biarlah testimoni yang berkata-kata.

formula superhero #mathrix
Formula Superhero

Ruginya yang tak join, sebab banyak trick, tips dan Formula Superhero Cikgu Lina nak kongsikan pada murid-murid semua.

Lihat di bawah, banyak kaedah dan formula hebat yang Cikgu Lina nak kongsikan. Register sekarang dan bersedialah untuk menimba ilmu Matematik dengan kaedah #mathrix

Segitiga Terbalik

Segitiga Terbalik

Kaedah menyelesaikan + - x ÷ melibatkan anu

Palang Sifar

Palang Sifar

Kaedah yang digunakan untuk membundar dengan tepat & cepat

Suur

Suur

Kaedah untuk operasi bahagi yang lebih mudah dan teratur 

Rama-rama

Rama-rama

Kaedah untuk tambah pecahan dan tolak pecahan

Kotak Misteri Juta

Kotak Misteri Juta

Kaedah untuk menyelesaikan pecahan juta dengan pantas

Segitiga Kaya

Segitiga Kaya

Kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan topik wang

JURI 233

JURI 233

Kaedah untuk memudahkan menulis nombor dalam angka & perkataan

Pasangan IOO

Pasangan IOO

Kaedah pantas untuk selesaikan soalan berkaitan peratus

Jadual ADT

Jadual ADT

Kaedah pantas untuk menjawab soalan abad, dekad dan tahun

Segitiga Masa

Segitiga Masa

Kaedah yang digunakan untuk mengira tempoh masa

Jadual Panjang

Jadual Panjang

Kaedah menyelesaikan soalan melibatkan km,m,cm,mm

Jadual Gemok

Jadual Gemok

Kaedah menyelesaikan soalan melibatkan kg dan gram

Jadual Lautan

Jadual Lautan

Kaedah menyelesaikan soalan melibatkan l dan ㎖

Jari Ajaib

Jari Ajaib

Kaedah untuk menyelesaikan soalan pertukaran unit melibatkan pecahan

Kaedah Lattice

Kaedah Lattice

Kaedah menyelesaikan soalan operasi darab

SPAD SplitAdd

SPAD SplitAdd

Kaedah mudah membina sifir 2 digit dengan pantas

TATI Setengah

TATI Setengah

Formula untuk kira luas pelbagai bentuk segitiga 

Sifir Shortcut

Sifir Shortcut

Kaedah membina sifir tanpa perlu menghafal yang lebih menarik

LASERU

LASERU

Kaedah Lari Sekeliling Rumah untuk selesaikan masalah perimeter

Kotak Seratus

Kotak Seratus

Kaedah gabungan 100 kotak kecil yang membentuk sifir pantas

formula superhero
#sifirshortcut

Jom lihat salah satu trick membina sifir tanpa perlu menghafal.

Sifir Shortcut ialah satu kaedah, membina sifir yang lebih seronok tanpa perlu menghafal sifir pun.

Modul Mathrix (Matematik + trick) ialah modul khas dari Cikgu Lina untuk kelas Tuisyen BijakMath by Cikgu Lina

Jadi, tunggu apa lagi. Jom daftarkan anak anda di Tuisyen Berfokus Bijak Math agar Cikgu Lina dapat mengenalpasti masalah anak anda, seterusnya membantu mereka dalam memahami Matematik dengan cara yang lebih mudah.

Tahun 5 (Ahad)
PENUH
SESI 2026
Tahun 5 (Isnin)
PENUH
SESI 2026
Tahun 5 (Jumaat)
PENUH
SESI 2026
Tahun 6 (Selasa)
PENUH
SESI 2026
Tahun 6 (Rabu)
PENUH
SESI 2026
Tahun 6 (Khamis)
PENUH
SESI 2026
Jadual Kelas Bersemuka

Jadual & Masa Pembelajaran Kelas Tuisyen BijakMath

Ini adalah waktu pembelajaran untuk kelas tuisyen BijakMath. Sila lihat jadual yang disediakan.

06:18 pm
July 11, 2026
Ahad 08:00 pm - 10:00 pm
Isnin 08:00 pm - 10:00 pm
Selasa 08:00 pm - 10:00 pm
Rabu 08:00 pm - 10:00 pm
Khamis 08:00 pm - 10:00 pm

Hari tuisyen Ahad sehingga khamis sila datang 10 minit lebih awal sebelum pembelajaran bermula.

Cikgu Lina, saya tinggal di luar Negeri Terengganu..

Jangan risau Cikgu Lina dah sediakan banyak bahan-bahan pembejaran Math untuk murid-murid semua.

di bawah ni Cikgu Lina sediakan lagi 250+ video premium tambahan, untuk murid-murid semua hadam dan gunakan sebaik mungkin dalam pembelajaran di sekolah. Jangan kata Cikgu Lina tak payung ya.

Masih tak cukup lagi ke? Okay macam ni, follow Tiktok Cikgu Lina sekarang, kerana masih ada banyak video Trick Matematik dan Tips penting yang Cikgu Lina dah tak sabar nak kongsikan pada murid-murid semua.

Tiada lagi alasan, semua telah kami sediakan

Follow Channel BijakMath

Facebook

Bijak Math

Kemaskini terbaru

TikTok

bijak.math

Koleksi Video Pendek

YouTube

@bijakmath

Koleksi Video Panjang

Instagram

cikgulinabijakmath

Telegram

Bijak Math

Koleksi Soalan Math

WhatsApp

Cikgu Lina

Facebook Messenger

Cikgu Lina

Review Google

5 Bintang

Jika Rasa Bermanfaat

BijakMath adalah singkatan untuk Bijak Matematik merupakan program premium pembelajaran Matematik secara bersemuka dengan Cikgu Lina. Ini adalah modul khas yang direka khas oleh Cikgu Lina mengikut silibus KSSR terkini (UASA)

- A Powerful Module Mathematics Programme by BijakMath -

Lokasi Tuisyen

BijakMath by Pusat Tuisyen Mahir Matematik
Taman Tembesu Perdana,
Kuala Nerus, Terengganu.

2019-2026 BijakMath All Right Reserved.