Assalamualaikum
Selamat datang ke website Bijakmath by Cikgu Lina. Jika anda sedang mencari tuisyen Matematik untuk anak anda, ini adalah laman web yang paling tepat.
Hai saya Cikgu Lina mahir dalam mengajar subjek Matematik sekolah rendah tahap 2. Saya mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar Matematik sekolah rendah dan pernah menjadi ketua panitia Matematik selama 4 tahun.
Saya juga mengajar murid dari pelbagai jenis aras pemikiran dari yang lemah kepada yang mahir Matematik. Pengalaman mengajar di Sarawak selama 5 tahun banyak membantu saya dalam mendalami ilmu pedagogi Matematik dengan lebih berkesan.
Jika anak anda berpeluang belajar bersama saya, saya akan kongsikan pelbagai jenis tips dan trick supaya anak anda menyukai Matematik dan seterusnya skor A dalam subjek ini.
#kacangnyamath
Sekolah ditutup selama berbulan-bulan. Kesannya, anak-anak hilang minat untuk belajar dan asyik bermain sahaja.
UPSR dihapuskan sepenuhnya. Anak-anak bersorak keriangan sebab dah tak payah fokus belajar. Sebagai ibu bapa, macam mana nak tahu prestasi sebenar anak-anak?
Murid tidak fokus apabila belajar secara online kerana ia adalah perkara baru. Lebih teruk lagi, ada murid tiada kemudahan internet dan peranti, terutamanya yang mempunyai ramai adik-beradik.
Kebanyakan masa di rumah dihabiskan dengan mengadap smartphone. Pelajaran semakin dilupakan.
Anak tak rasa pelajaran itu penting, lebih-lebih lagi bila UPSR dah tiada. Pergi sekolah pun hanya untuk bermain dengan kawan.
Bila dari sekolah rendah lagi anak tak terbiasa dengan budaya belajar, bagaimana dengan sekolah menengah nanti? Apatah lagi universiti.
PKP dah berakhir. Sekarang masa untuk bangkit semula dalam pelajaran setelah sekian lama ketinggalan. Lagi-lagi kalau anak jenis yang lambat mengira dan tak hafal sifir.
Murid lebih banyak masa dengan kawan-kawan terutamanya yang bermain game online. Ramai juga yang terpengaruh dengan budaya TikTok. Semuanya hanya di hujung jari mereka.
Di bawah ini Cikgu Lina senaraikan siapa yang patut join kelas tuisyen BijakMath ini.
Maksud lemah di sini adalah murid yang tidak tahu konsep asas, biasanya yang dapat markah bawah 60. Tuisyen Bijakmath sangat mengalu-alukan murid yang belum mahir konsep asas.
Bila murid tak faham dari awal topik, murid akan jadi malas dan takut nak buat soalan Matematik, murid akan cuba mengelak.
Perangai anak-anak bila mak atau ayah ajar jer, mulalah tutup telinga tuu. Tapi ada juga mak yang tak reti nak ajar cara kira dengan betul, maklumlah Math sekarang dah berevolusi.
Maksud ketinggalan di sini adalah cikgu dah masuk topik lain, tapi topik sebelumnya pun murid masih belum faham dan kuasai lagi. Jika dibiarkan, murid akan terus hilang minat untuk belajar Matematik.
Murid macam nie dia suka math, tapi selalu ketinggalan dalam kelas dan tak faham apa yang dia belajar, jadi selalu gagal dalam exam.
Ada sesetengah murid sebenarnya bukan dia tak pandai, tapi sebab ada ramai kawan-kawan dalam kelas, dia tak boleh fokus dan banyak main-main. Jenis murid ini Cikgu Lina akan setelkan.
Dulu masa di sekolah, murid ni rajin belajar tapi bila PKP dia seronok duk rumah main phone jer, langsung tak bukak buku. Sepanjang masa layan video game, TikTok dan Instagram.
Soalan ayat panjang (KBAT) memang amat sukar bagi kebanyakan murid. Murid tak tahu soalan nak apa. Cikgu Lina akan guide cara jawab yang betul.
Ada jenis murid yang selalu jer mengelat bila time nak belajar. Apatah lagi, yang ajar tu mak ayah dia. Seribu alasan diberikan. Kali ini kita fokus dalam satu kelas memahami Math cara Cikgu Lina.
Assalamualaikum. Buat semua ibu bapa yang dihormati,
Ilmu percuma memang mudah didapati, namun teknik untuk menarik minat dan teknik mengajar supaya anak mudah faham itu amat mahal. Lebih-lebih lagi jika anak tidak berminat langsung dengan Matematik. Ia memerlukan teknik pengajaran khas dan strategi yang berkesan. Matematik sebenarnya mudah sahaja jika faham konsep asas.
Cikgu Lina berpengalaman mengajar selama hampir 10 tahun dan tambahan 5 tahun setengah semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG), selain menghadiri kursus-kursus khas untuk memantapkan lagi ilmu Matematik. Ini semua tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan yang terbaik bagi membantu anak anda memahami Matematik dengan berkesan.
Anda hanya perlu membayar sedikit yuran bagi memastikan anak-anak anda mendapat ilmu yang sebaiknya dari Cikgu Lina. Matematik merupakan salah satu subjek teras yang wajib dikuasai. Biasanya jika murid kuasai Matematik, subjek-subjek yang lain pasti akan turut dikuasai.
Harga sebenar untuk yuran bulanan adalah RM300 untuk 4 kali sesi 8 jam pembelajaran sebulan.
Hari ini Cikgu Lina akan memberikan harga istimewa bagi ibu bapa yang sangat prihatin dan cakna terhadap perkembangan pembelajaran Matematik anak anda.
Anda hanya perlu membayar yuran sebanyak bukan RM300, bukan juga RM200 tetapi hanya RM160 sahaja sebulan.
Anda sudah jimat sebanyak RM140 jika anda bertindak sekarang.
Promosi ini boleh ditarik balik bila-bila masa sahaja.
Yang Benar
Cikgu Lina
Guru Tuisyen BijakMath
Ps: Jika anda merasakan yuran ini mahal, Tak mengapa. Anda tak perlu hantar anak anda belajar ke kelas tuisyen ini. Tak ada paksaan pun. Namun, adakah anda mahu melihat anak kesayangan anda ketinggalan dalam kelas berbanding pelajar lain yang mengikuti kelas tuisyen ini?
Jika anda mahu anak anda lebih bijak dalam matematik dan kehadapan dalam kelas, maka bertindak sekarang juga. Peluang ini hanya datang sekali sahaja sebelum slot penuh. Ingat hanya 10 orang sahaja sekelas. Serius! no add-on slot jika sudah penuh.
Cikgu Lina merupakan guru matematik terbaik yang pernah saya jumpa. Ini kerana dia sentiasa menunjukkan kelemahan dan membantu anak saya memperbaiki dengan metodologi pengajaran khasnya. Dia juga seorang guru yang baik, seronok dan teliti terhadap pendidikan anak saya. Terbaik, highly recommend kpd anak2 yg lemah math👍
Lihat di bawah, banyak kaedah dan formula hebat yang Cikgu Lina nak kongsikan. Register sekarang dan bersedialah untuk menimba ilmu Matematik dengan kaedah #mathrix
Kaedah menyelesaikan + - x ÷ melibatkan anu
Kaedah yang digunakan untuk membundar dengan tepat & cepat
Kaedah untuk operasi bahagi yang lebih mudah dan teratur
Kaedah untuk tambah pecahan dan tolak pecahan
Kaedah untuk menyelesaikan pecahan juta dengan pantas
Kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan topik wang
Kaedah untuk memudahkan menulis nombor dalam angka & perkataan
Kaedah pantas untuk selesaikan soalan berkaitan peratus
Kaedah pantas untuk menjawab soalan abad, dekad dan tahun
Kaedah yang digunakan untuk mengira tempoh masa
Kaedah menyelesaikan soalan melibatkan km,m,cm,mm
Kaedah menyelesaikan soalan melibatkan kg dan gram
Kaedah menyelesaikan soalan melibatkan l dan ㎖
Kaedah untuk menyelesaikan soalan pertukaran unit melibatkan pecahan
Kaedah menyelesaikan soalan operasi darab
Kaedah mudah membina sifir 2 digit dengan pantas
Formula untuk kira luas pelbagai bentuk segitiga
Kaedah membina sifir tanpa perlu menghafal yang lebih menarik
Kaedah Lari Sekeliling Rumah untuk selesaikan masalah perimeter
Kaedah gabungan 100 kotak kecil yang membentuk sifir pantas
Sifir Shortcut ialah satu kaedah, membina sifir yang lebih seronok tanpa perlu menghafal sifir pun.
Modul Mathrix (Matematik + trick) ialah modul khas dari Cikgu Lina untuk kelas Tuisyen BijakMath by Cikgu Lina
Jadi, tunggu apa lagi. Jom daftarkan anak anda di Tuisyen Berfokus Bijak Math agar Cikgu Lina dapat mengenalpasti masalah anak anda, seterusnya membantu mereka dalam memahami Matematik dengan cara yang lebih mudah.
Cikgu Lina
Ini adalah waktu pembelajaran untuk kelas tuisyen BijakMath. Sila lihat jadual yang disediakan.
BijakMath adalah singkatan untuk Bijak Matematik merupakan program premium pembelajaran Matematik secara bersemuka dengan Cikgu Lina. Ini adalah modul khas yang direka khas oleh Cikgu Lina mengikut silibus KSSR terkini (UASA)
BijakMath by Cikgu Lina
Taman Tembesu Perdana,
Kuala Nerus, Terengganu.
2017-2024 BijakMath All Right Reserved.
0